Di antara isu yang terkait rapat dengan penimbunan dan penyorokan ini adalah isu kenaikan dan penetapan harga (Tas’ir). Tas’ir merupakan manifestasi dari aktiviti Ihtikar yang berlaku. Justeru, apakah pandangan Islam tentang Tas’ir?. Kita perlu sedar bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan hak kepada setiap orang untuk membeli dan menjual sesuatu selama mana barangan tersebut adalah halal dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga membiarkan manusia untuk menjual dan membeli dengan harga yang disukainya. Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Said bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Sesungguhnya jual beli itu sah kerana suka sama suka”. Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, Islam secara jelas telah memberikan hak menentukan harga kepada mereka yang terlibat di dalam melakukan transaksi/aqad tersebut sahaja.
Di dalam Sistem Ekonomi Kapitalis yang diamalkan hari ini, kita sering menyaksikan bahawa Pemerintah menetapkan harga apabila berlakunya Ihtikar. Peristiwa sebegini boleh dikatakan telah menjadi routine. Penetapan harga oleh Negara bermaksud Pemerintah atau orang-orang yang diberi kuasa oleh Pemerintah mengarahkan para peniaga tidak menjual sesuatu komoditi kecuali dengan harga tertentu (yang telah ditetapkan) atas alasan kepentingan umum. Jadi, para peniaga tidak dibenar menaikkan atau menurunkan harga, selain dari apa yang telah ditetapkan. Hal ini bermaksud Pemerintah telah campurtangan di dalam aktiviti jual-beli. Jadi, apakah hukumnya Negara menetapkan harga sesuatu barang dagangan?
Allah sekali-kali tidak memberi hak kepada Pemerintah untuk menetapkan harga. Dengan kata lain, penetapan harga oleh Negara adalah haram. Penetapan harga ini akan memaksa rakyat untuk melakukan aktiviti jual beli dengan harga tersebut. Islam telah mengharamkan penetapan harga secara mutlak. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis dari Anas, “Harga (suatu masa) pada zaman Rasulullah telah naik. Lalu mereka melaporkan, ‘Wahai Rasulullah, seandainya harga ini engkau tetapkan (supaya tidak naik). Baginda menjawab, ‘Sesungguhnya Allah Maha Mencipta, Yang Maha Mengenggam, Yang Maha Melapangkan, Yang Maha Memberi Rezeki, lagi Maha Menentukan Harga. Aku ingin menghadap ke hadirat Allah, dengan tidak ada seorang pun yang menuntutku kerana kezaliman yang aku lakukan kepadanya dalam masalah harta dan darah.’”
Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah, ”
Mereka meminta kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) untuk menetapkan harga. Kemudian Rasulullah menyatakan bahawa jika baginda berbuat demikian bererti baginda telah melakukan kezaliman. Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa penetapan harga (yang dilakukan oleh Negara) sebenarnya adalah satu bentuk kezaliman. Jika Rasulullah sendiri tidak melakukan perkara ini, apakah hak ke atas pemimpin untuk menetapkan perkara yang sama. Siapakah yang ingin kita ikuti di dalam agama ini? Rasulullah atau ...? Oleh yang demikian, mana-mana Pemerintah yang telah menetapkan harga, maka mereka telah berdosa kerana melakukan suatu keharaman. Jika Sistem Pemerintahan Islam berjalan, maka pemerintah ini akan diadili di Mahkamah Madzalim kerana kefasikan yang telah mereka lakukan.
Sebagaimana Ihtikar, Tas’ir juga boleh berlaku ke atas apa jua komoditi, samada makanan atau bukan. Hadis-hadis berkenaan Tas’ir mencegahnya secara mutlak, dalam apa bentuk sekalipun dan tidak ada pengecualian-pengecualian khusus. Jika ditinjau dari segi realiti, penetapan harga adalah sesuatu yang amat membahayakan masyarakat dan negara dalam apa keadaan sekalipun, samada semasa perang atau aman. Ini adalah kerana apabila ada penetapan harga, maka masyarakat akan berjual-beli di pasaran tertutup untuk mengelak dari pengawasan Negara. Dengan kata lain, inilah yang dinamakan pasaran gelap (black market). Harga yang tinggi menyebabkan barang hanya akan dikuasai atau dimiliki oleh orang yang kaya sahaja, yang berpendapatan rendah atau yang miskin menjadi mangsa. Penetapan harga juga akan memberi kesan kepada penggunaan (consumption) dan seterusnya akan mempengaruhi pengeluaran (production). Situasi ini boleh membawa kepada krisis ekonomi.
Di dalam Islam, setiap orang mempunyai hak ke atas barangan kepunyaan mereka. Pemilikan ke atas harta (ownership of the property) memberikan hak kawalan (control) ke atas harta yang dimiliki. Penetapan harga akan menyebabkan pemaksaan (interdiction) ke atas harta seseorang, perkara yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Jadi, tidak boleh (haram) melakukan interdiction (Hajr) ke atas harta seseorang yang mana menghalang mereka dari memperjual-belikan harta tersebut mengikut harga yang mereka sukai. Sistem Ekonomi Islam benar-benar menjaga hak setiap individu agar tidak dirampas oleh individu yang lain. Hak individu juga dijaga oleh Islam dari dirampas dengan sewenang-wenangnya oleh Negara.
Jika harga melambung akibat peperangan atau krisis politik, ataupun akibat daripada kekurangan barang di pasaran, maka Islam ada jalan penyelesaiannya. Jika ia berlaku akibat dari Ihtikar, maka jelas Islam telah mengharamkannya. Tetapi jika ia berlaku memang semata-mata kerana kekurangan (shortage) barang tersebut, maka Khalifah, yang Allah tugaskan untuk memelihara kemaslahatan rakyat, wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah kekurangan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan membawa barangan tersebut dari tempat lain (import), sekaligus akan menstabilkan semula harga. Inilah yang pernah dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa berlaku kebuluran di Hijaz (yang dikenali sebagai peristiwa Ramadha) akibat kurangnya bahan makanan pada suatu tahun, yang menyebabkan harga makanan telah melambung tinggi. Khalifah Umar al-Khattab tidak menetapkan harga tetapi sebaliknya mengirim dan membekalkan makanan dari Mesir dan Syam ke Hijaz sehingga krisis ini selesai tanpa perlunya penetapan harga.
Wahai kaum muslimin! Ini hanyalah secebis dari keindahan Sistem Islam, bak sebentuk cincin di
Wednesday, June 4, 2008
Hukum Menetapkan Harga (Tas’ir)
Posted by HAMBA ALLAH at 7:26 PM 0 comments
MLM
MLM
Hasil kajian Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berkaitan 'multilevel marketing' dan pelaburan
internet yang menyamai skim cepat kaya menjadi topik hangat yang diperbincangkan
serta mendapat reaksi pelbagai pihak malah lebih meresahkan ramai umat Islam yang
terlibat dengan skim jenis ini.
Bagi merungkai permasalahan ini wakil Harakahdaily menemui dan mewancara Ustaz Zaharuddin
yang juga Setiausaha Majlis Penasihat Syariah di sebuah institusi kewangan antarabangsa
di
dan Sarjana (MA) Fiqh dan Usul Fiqh dari
Harakahdaily: Berikutan artikel Ustaz keluaran Harakah cetak lalu, ada yang menyoal
kredibiliti atau kapasiti ustaz seolah-olah tiada 'locus standi' (kelayakan) untuk
membicarakan hal MLM dan riba yang mana ustaz sendiri bertugas di bank kemungkinan
terlibat dalam urusan riba?
Ustaz Zaharuddin:
Dalam Islam tidak ada 'locus standi', yang penting,ambil apa yang dikatakan bukan
siapa yang berkata selagi mana ia menepati syariat Islam.Ibn Umar berkata berkata:
"Ilmu itu ada pada tiga, al-Quran, Hadis dan menyebut 'aku tidak tahu' dalam perkara
yang tiada ilmu dalamnya" , maka yang penting di sini adalah apa yang disampaikan
dan bukan siapa yang menyampaikan" dan ALLAH SWT menyebut: 'Bilamana kamu keliru
atau bertengkar dalam satu perkara maka rujuklah jawapannya di dalam al-Quran dan
Sunnah.'
Yang kedua, sebenarnya kapasiti saya yang bertugas di sebuah institusi kewangan Islam
menjadikan saya lebih layak dan 'advantage' bukan 'disadvantage'. Ini kerana saya
terdedah dengan 'nature' kewangan semasa, instrumen kewangan moden, hal ehwal kontrak.
Di mana tugas seperti ini memerlukan saya menyemak kesahihan sesebuah produk kewangan
dan kontraknya dari sudut Shariah.
Malah di sekeliling saya juga terdapat pakar-pakar pelaburan yang boleh saya bawa
berbincang berbanding dengan pihak lain yang mungkin tidak memahami apa itu 'fixed
deposit', 'derivatif', 'indicative rates', bagaimana implementasi Mudarabah dan musharakah
dalam bentuk praktis dan sebagainya, maka seseorang yang tidak terlibat dalam industri
kewangan semasa tidak akan terdedah kepada teori sahaja, menyebabkan mereka boleh
tersilap dengan mudah.
Tetapi alhamdulillah saya berada dalam industri kewangan Islam serta bergaul dengan
ulama tempatan dan antarabangsa yang takhassus dalam bidang Muamalat Islam.
Seorang graduan Syariah yang bertugas di industri perbankan Islam lebih berkapasiti
daripada pensyarah yang mengajar teori berkenaan Fiqh Muamalat sahaja. Mungkin seorang
ustaz itu boleh mengatakan 'jauhilah riba' tetapi kami di sini bukan sekadar teori
tetapi kami juga berkata sahaja, tetapi juga menjadikan ke alam realiti dan membantu
umat Islam.
Kita perlu faham bahawa bank ada dua jenis, satu bank konvensional dan bank Islam.
Alhamdullilah saya bertugas di salah sebuah bank Islam antarabangsa yang membuka
cawangannya di
dananya juga semuanya datang dari institusi kewangan Islam di Timur Tengah.
Manakala Pengerusi penasihat Syariah yang saya duduk ini pula adalah Syeikh Dr Abdul
Sattar Abu Ghuddah untuk cawangannya di
bagi cawangan utamanya di Timur Tengah. Kedua-duanya adalah ulama tersohor dalam
kewangan Islam di dunia dan hampir setiap minggu saya akan berbincang dengan mereka
demi memastikan urus niaga di institusi kewangan Islam yang saya berkhidmat ini ini
tidak terlibat dengan sebarang usnur riba, gharar, zalim dan lain-lain yang diharamkan.
Bagaimana timbulnya kajian ini, mengapa dan tujuan Ustaz mendedahkan MLM dan skim
cepat kaya internet ini?
Pada mulanya kajian umum ini sudah lama dilakukan semenjak saya bertugas di sebuah
bank Islam tempatan lagi, kerana di samping bertugas saya turut aktif memberi penerangan,
seminar, penulisan dan ceramah serta kuliah tentang betapa besarnya dosa riba dan
kesannya kepada rakyat khususnya umat Islam.
Hasil daripada itu, timbul respons, reaksi pelbagai serta pertanyaan-pertanyaan antaranya
tentang pelbagai produk pemasaran, pelaburan internet dan termasuklah skim 'multilevel
marketing' yang wujud di pasaran.
Sebenarnya, instrument pemasaran dan kewangan ini terlalu banyak, sesetengahnya amat
'complicated', memandang sistemnya rumit, helah dan tipu dayanya sangat licik, penyokongnya
pula sangat fanatik, saya tidak berminat untuk mengkaji tambahan pula tiada cukup
masa kerana kesibukan, malah ulama dunia pun tidak sempat untuk menyemaknya.
Namun, ramai yang mendesak supaya saya menjawab dan menerangkan secara khusus syarikat-syarikat
pelaburan internet ini dan akhirnya saya dedahkan antaranya saya muatkan dalam laman
web saya sendiri dan artikel saya disiarkan dikeluaran Harakah lalu, tetapi artikel
yang dikeluarkan itu hanya sebahagian sahaja daripada artikel penuh saya.
Jadi ramai dah salah sangka mengatakan saya mengharamakn semua jenis MLM, pada hal
saya dah sebut di hujung artikel penuh beberapa bentuk yang halal dan ia hanyalah
sekadar pandangan saya yang boleh dibincang, bukannya telah putus.
Kajian ini adalah pandangan peribadi saya, saya bukan JAKIM bukan juga mufti dan
terpulanglah kepada sesiapa yang nak menerima ataupun tidak. Sama sepeprti pensyarah
dan cendekiawan di universiti yang kerap membuat fatwa sendiri dalam kajian ilmiah
mereka, cuma tidak dipopularkan di kalangan orang awam sahaja.
Saya lakukan kajian itu adalah atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan
bukti-bukti, dalil-dalil, dan fakta daripada ulama terkemuka dunia sekadar yang saya
faham dan temui. Maka jika sesiapa tidak setuju, anda bebas untuk menulis semula
di Harakah atau di mana-mana jua dengan dalil dan hujah anda.
Saya tiada masalah kerana saya dah sebut ia masih terbuka untuk perbincangan. Kebaikannya
adalah, tulisan saya itu membuka mata para ustaz dan ilmuan Islam yang lain untuk
mula membuat kajian. Bagi saya itulah matlamat dan kejayaan tulisan saya itu.iaitu
agar awam membuka mata tentang halal dan haram dalam bab kewangan yang boleh menyebabkan
seluruh hidup dan darah daging mereka dipenuhi dosa.
Asas utama sesuatu MLM atau skim cepat kaya yang dikenali sebagai sistem piramid
itu haram?
Saya bukan 'specialist' dalam bidang MLM atau skim piramid, dan ada masanya saya
juga keliru kerana konsepnya hampir sama antara satu dengan lain, tetapi yang saya
tahu sistem asasnya berkonsepkan sama ada 'jual produk' dan dapat komisyen atau tiada
produk tapi komisyen atas 'kepala' , lalu terbentuklah 'upline - downline'. Yang
jelas haram dan riba ialah sistem piramid yang menjual 'kepala' tanpa menjual sebarang
produk.
Ini disepakati ulama dunia iaitu Kesatuan Ulama Fii Sedunia yang pakar tentang kewangan
Islam dan mereka telah kaji satu MLM di Indonesia, iaitu Biznaz Multilevel. Biznaz
tiada produk, dia melantik orang lantik orang iaitu untuk dapatkan komisen bersandarkan
lantikan orang atau wakil.
Maknanya, ini permainan duit, seseorang beri duit untuk dapat duit lebih lagi. Ini
'basic knowledge' iaitu duit bertukar duit yang menjadikan riba. Tidak perlu JAKIM
atau mufti untuk keluarkan fatwa. Jenis sistem ini, jelas riba dan haram.
Malangnya, untuk memberi faham kepada orang awam, ia agak sukar kerana ia memerlukan
bebrapa 'basic knowledge' tentang apa itu riba dan pembahagiannya dan bagaimana sifat-sifat
dan helah riba. Tidaklah saya mampu untuk meneybut dengan mudah dan ringkas di ruangan
ini.
Macam orang tanya pada jurutera bagaimana cara buat bangunan sebesar KLCC dan tak
runtuh, maka tidak bolehlah dijawab dengan begitu mudah, perlu belajar dan ambil
masa yang lama untuk menerangkannya.
Orang awam perlu faham, apa itu Riba Duyun' dan riba Buyu', dan Riba Qard, Riba Jahiliah,
Riba Al-Fadhl, Riba An-Nasiah, Riba Al-Yad dan banyak lagi. Selain memhami teori
dan takrif-takrif itu, perlu juga faham bagaimana bentuk ia wujud dalam aktiviti
harian dan perbankan. Jika tidak, ilmu teori itu tidak berapa dapat menolong.
Dalam konteks tiada produk tapi jual kemudian dapat komisyen daripada duit. Ahli
masuk bayar yuran, dia dapat komisen, maka dia ambil komisyen daripada duit itu.
Ini dinamakan riba buyu' dan Riba al-Fadhl, 'nature'nya sudah berubah daripada komsiyen
atau broker atau apa jua istilah topengnya kepada riba yang terhasil daripada jual
beli duit dengan tangguh serahan daripada sebelah pihak, malah lebih pula jumlahnya.
Satu lagi, bayangkanlah kalau semua orang buat masuk skim pelaburan jenis internet
yang letak duit, goyang kaki duit masuk selagi ada kepala yang masuk, maka semua
orang tidak akan bekerja, hanya tunggu dapat duit sahaja, tiada sesiapa yang bekerja.
Buat duit dapat duit. Tidak ada yang akan bina bangunan, jalan kerana semua orang
tunggu duit masuk selepas 100 hari. Inilah yang amat bercanggah dengan Maqasid Shariah.
Bagi orang ramai yang 'naif' dan bukan ahli agama, apakah asas utama yang perlu diketahui
sebelum menceburi sesuatu bidang pelaburan supaya ia menepati syariat dan diterima
oleh Islam?
Saya suka mengingatkan masyarakat kata-kata Khalifah Umar Al-Khatab:" Jangan kamu
masuk dalam pasar kami, kecuali kamu sudah faham hukum agama tentangnya." Ini bukan
bermaksud tak boleh beli sayur atau susu di kedai.
Maknanya, kamu jangan masuk bab-bab kewangan yang keliru dan kompleks kecuali sudah
faham bab hukum seperti MLM dan pelaburan internet yang kompleks dan rumit serta
penuh dengan helah dan gharar.
Kedua, untuk memudahkan orang awam ialah sesuatu pelaburan asasnya tidak boleh ada
riba. Riba ini panjang isunya dan pelajarannya di universiti ada yang mengambil masa
satu semester untuk memahaminya.
Yang ketiga 'Gharar' iaitu 'uncertainty' (tidak jelas/ tidak pasti). Sebagai contoh
pelaburan internet yang tinggi unsur ghararnya kerana tiada sebarang kontrak dibuat,
semuanya bergantung kepada laman web. Seseorang itu masuk dan bayar melalui internet
kemudian tunggu level atau 'kakinya'atau 'downline' keluar di situ. Bagaimana kalau
laman web itu hilang? Maka, jadinya 'sekian terima kasih lah kot'(ketawa).
atau sebarang perjanjian dengan pelaburan internet tersebut, maka kalau berlaku sesuatu,
saya reda ditipu. Mana boleh begitu. Semua bergantung kepada internet, hilang sahaja
laman web itu, habis. Inilah gharar, dan Allah sebut dalam al-Quran agar jika berhutang
kena tulis, ia termasuk hal ehwal urusan kewangan yang besar-besar seperti pelaburan.
Maka mesti ada perjanjian dan kontrak.
Selain itu, bagi sebahagian MLM pula, ada yang menjadi gharar apabila tiada akad
dan jika ada akadnya pun atas wakil kepada wakil, kepada wakil yang lain. Syarikat
ini nak jual barangnya, tetapi tak jelas barangnya dan tak jelas kegunaannya.
Malah yang beli sebenarnya bukan reti guna benda yang dibelinya, sebagai contoh,
ada MLM yang jual lima laman web, apabila beli secara automatik dapat masuk 'line'.
Tapi ada peserta yang masuk skim ini beritahu saya , internet pun dia tak tahu apa,
apatah lagi nak guna
oleh Kesatuan Fiqh sedunia sebagai haram.
Yang keempat dari sudut akad pula ada syarat. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"tidak boleh buat dua transaksi atau urus niaga dalam satu akad."
Seperti contoh akad yang betul menjadi haram apabila syaratnya ada unsur haram dan
tidak munasabah.
Contoh akadnya seperti 'saya jual 'handphone' ini dengan harga RM100 kepada awak
tetapi syaratnya jangan guna 'handphone' itu'. Akad yang pada mulanya halal menjadi
batal apabila wujud syarat yang mengarut - sedangkan tujuan beli 'handphone' untuk
guna dan pakai 'handphone' tersebut.
Begitu juga sesetengah MLM, saya jual barang ini dengan syarat anda mesti menjadi
ejen atau wakil syarikat kami dan kami akan bagi anda komisyen jika dapat cari ahli
lain yang bayar. Awak nak beli barang saya, awak kena jadi ahli dan wakil saya.
Ini memaksa, sedangkan ada orang nak beli tetapi dia tidak mahu menjadi ahli atau
menjadi kaki dan masuk 'downline' ini menjadi paksaan kepada peserta tadi. Ini bentuk
yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. Boleh rujuk kajian terperinci oleh Prof Dr Nazih
Hmmad tentang erti dua akad dalam satu. Dan juga huraian hadis: "Larangan jual dan
disertai dua syarat" yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Banyak syarat dan terma yang perlu disemak. Tanya kepada peserta yang telah masuk
MLM atau skim itu, sama ada anda semak syarat dan termanya. Pernah tak mereka tahu
tentang halal dan haram dalam bab kontrak. Adakah mereka faham apa itu semua terma-terma
yang ada dalam aqad mereka?.
Ini kelebihan dan 'advantage' orang yang bertugas di institusi kewangan Islam, iaitu
lebih berkapasiti lagi untuk menbicarakan soal halal haram dalam urusan kewangan
dan perniagaan seperti ini. Untuk menjelaskan secara detail perkara-perkara itu,
tiada jalan mudah melainkan belajar ilmu tentangnya, tiada jalan 'simple' untuk faham.
Seperti di laman web ustaz, adakah ustaz hanya mengkaji sistem pelaburan ABB Fund
sahaja atau ada syarikat lain lagi?
Saya tidak sekadar mengkaji itu sahaja, saya juga sumbangkan ilmu saya untuk kaji
Swisscash, ABB Fund, Winlifund, Arabic Fund dan terbaru E-barrel.
disebabkan oleh konsep yang sama.
E-barrel dan EM-PAY atau yang lain-lain, dari sudut perundangan negara, adakah ianya
'legal' atau sah di segi undang-undang dan bagaimana pula ada sesetengah program
dan skim tersebut dilancarkan oleh menteri?
Itu bukan alasan walaupun ada yang sah dari segi undang-undang malah ada menteri
merasmikannya namun itu tidak penting dan bukan fokus saya.
Fokus saya ialah bab hukum Syariah. Kilang Carlsberg di Lebuh Raya Persekutuan itu
juga sah dari sudut undang-undang
Orang ramai kena faham bahawa kajian saya bukanlah terhadap benar atau tidak sistem
ini boleh buat duit, atau berkesan atau terjaminkah sistem ini, ada tipu muslihat
atau sebaliknya tetapi fokus kajian ialah sama ada sistem MLM atau Skim tersebut
menepati syariat Islam atau sebaliknya. Memang benar ada yang menelefon saya beritahu
dah dapat RM2-10 juta dari skim-skim ini. Ia benar katanya. Memang benar, tapi sah
ke dari sudut Syariah?. Itu fokus saya.
Saya beri pandangan haram beberapa skim tersebut 'base on my personal view' iaitu
pandangan peribadi saya dan sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. Kalau anda
tahu dan ada ilmu tentangnya, anda perlu beri tahu kepada orang ramai.
Memang benar saya tiada 'authority' di negara untuk memberi fatwa sebagai mufti,
sebagai orang Islam yang faham tentang kajian ini, saya kena jelaskan dan saya ada
hujah.
Kalau ada pihak yang tidak bersetuju dengan hujah saya terpulanglah atau sediakan
dan nyatakan hujah anda pula, begitulah yang sebaliknya.
Dan jangan salah faham, bukan semua MLM, saya hanya sebut bentuk-bentuk yang syubhah
dan boleh jadi haram. Jika terbukti salah, maka syarikat MLM itu boleh membetulkan
sistemnya supaya tidak menjadi haram dengan memperbetulkan akad, syarat dan kaedahnya
seperti contoh buat musyarakah, kena ada 'partnership' sesama ahli.
Tapi persoalan, adakah pengarah syarikat atau bos-bos MLM ada usaha ke arah itu?
Saya nampak seolah-olah tidak berminat untuk memperbetulkan sistemnya agar ianya
menjadi halal dan merasakan sistem Islam ini menyusahkan mereka.
Kapasiti ustaz sebagai individu yang faham kedudukan kewangan dan pelaburan, adakah
secara logik mahupun fakta, adakah sistem ini memang benar-benar memberi pulangan
berlipat kali ganda? Adakah sistem ini sesuatu yang meyakinkan?
Memang sesetengahnya memang benar pulangannya malah ada yang telah mengaku telah
berjaya memperolehi RM10 juta melalui sistem ini. Dari sudut undang-undang negara,
syarikat tersebut memang sah , ada yang telah didaftar dengan Kementerian Kewangan
tetapi persoalannya adakah sah dan halal dari sudut agama Islam.
Yang penting adalah hukumnya. Siapa penasihat syariah mereka dan berkaliberkah mereka?
Bab hukum ini berkait dengan iman.Hukum ini satu perkara yang tidak nampak.
Kalau beli 'handphone' betul dengan 'handphone' curi, tiada bezanya langsung. Sama
warna, sama bentuk. Ia tidak bertukar warna sekiranya dibeli secara sah dan tidak
juga berubah wajah jika 'handphone' tersebut adalah 'handphone' curi, 'handphone'
tetap sama begitu. cuma dari segi hukum ia berkait rapat dengan iman. Apabila ada
akad, ada perjanjian dan beli 'handphone' yang betul menandakan iman kita kepada
Allah SWT.
Berkenan skim jual kad diskaun dengan plan A,B dan C, boleh jadi betul dan memang
ada yang sudah dapat duit tetapi itu bukan 'point' saya. 'Point' saya bukan sistem
itu tipu atau tak. 'Point' saya adalah dari sudut agama iaitu halal atau haram.
Boleh jelaskan lagi?
Bukan semua sistem yang mendatangkan wang jutaan ringgit atau berlipat-kali ganda
semuanya haram. Islam menghalal sekiranya kita melabur dan dapat duit banyak, tetapi
yang menjadi haram ialah mereka membuat jaminan keuntungan yang pasti.
Seperti contoh, yang mana kita boleh tengok web-web mereka, labur RM168 syarikat
jamin keuntungan dalam sekian waktu umpamanya seminggu atau sebulan anda dapat dijamin
dapat RM100,000.
Analogi saya mudah, jika anda membeli satu lot saham di
adakah anda diberi jaminan akan dapat keuntungan pada tempoh tertentu dengan 120
peratus dari wang modal anda? Sudah pasti tidak. Yang ada ialah jaminan risiko untung
rugi.
Itu adalah konsep pelaburan Islam. Siapa beritahu, Nabi Muhammmad yang beri tahu
iaitu 'alkharraj bi ad-Dhaman' ertinya 'keuntungan mestilah menanggung risiko yang
berpatutan' dan itu adalah kaedah fikah atau dengan kata lainnya 'profit is by taking
risk'.
Tetapi apabila syarikat jamin sahaja keuntungan, itulah telah mengubah 'nature' akad,
mengubah pelaburan Islam kepada riba.
Contoh saya melabur RM1000 sebab dijanjikan dengan jaminan RM1,500 sebagai pulangan
dalam tempoh sebulan, duit untung RM500 itulah riba duyu' jenis al-Qard.
Pelaburan dalam Islam ialah, saya beri dan labur RM1,000 untuk syarikat buat perniagaan,
jika ada untung kita akan bahagikan mengikut peratusan seperti 20 peratus untuk kita
atau 80 peratus untuk syarikat. Kalau rugi, lupus begitu sahaja atau ada perkiraan
rugi mengikut peratus tertentu. Ini yang dibenarkan.
Saya mahu beri duit itu kepada awak dengan syarat awak bagi duit itu dengan jumlah
yang tertentu. Ini macam jual beli duitlah. Saya bagi RM100 dengan syarat awak bagi
saya RM150 kemudian. Dalam pelaburan, apabila sahaja ada jamin keuntungan pada sekian
masa, maka jatuhlah riba disitu.
Bagaimana kalau MLM dan skim itu mempunyai produk atau barang, malah ada yang halal?
Walaupun perniagaan halal seperti jual Quran. Itu isu kedua. Isu pertama tadi ialah
akadnya mesti jelas sifatnya dan tidak terbatal. Barulah dinilai dari sudut barangnya
pula.
Jika akad batal atau haram, maka barangan yang diurusniagakan tidak menjadi isu lagi
walaupun produk iu halal seperti Quran digital, ubat kuat dan sebagainya.
akad halal tetapi produknya haram pula, juga tidak terpakai pelaburan seumpama ini.
Analogi mudah ialah si A curi duit kemudian dia beli Quran. Beli Quran itu perkara
kedua, perkara pertama yang dilihat ialah cara dia dapat duit tu dulu. Kalau yang
pertama sudah haram, maka tidak berguna langsunglah walaupun ianya adalah untuk beli
Quran.
Nabi pernah menyebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Tidak akan lepas kedua-dua
kaki anak Adam sehingga ditanya dari mana dia dapat duit dan ke mana duit itu dibelanjakan."
kemudian baru kita 'check' pelaburan produk itu sama ada halal atau tidak.
kedua, tahap pertama adalah atas dasar apa duit itu diberi, apa akad dan cara anda
laburkan atau beri duit itu macamana kaedahnya. Sudah selesai, baru semak produk
apa pula yang dijual, namun itupun ada yang kena tipu juga.
Malah jika semak pun, sebenarnya macam ABB dan sekutunya , mereka bukan labur dalam
'oil' and gas semata-mata, bila anda 'check' betul-betul, anda akan lihat syarikat
itu terlibat pula dengan 'forex trading' dan 'money market' yang begitu banyak boleh
berlaku Riba. Memang ada FIREX yang halal, tapi dalam hal ia dikendalikan oleh puak-puak
kapitalis Barat ni, semua mereka langgar je semua jenis.
Contoh lain juga berkaitan ABB Fund, bukan sahaja minyak dan gas tetapi juga terlibat
dalam 'commodity features'(pasaran hadapan), iaitu pasaran hadapan yang telah disepakati
oleh ulama dunia, haram.
Contohnya mudah: Saya jual kereta yang belum saya beli lagi kepada awak pada masa
akan datang. Kereta itu adalah aset atau 'commodity' manakala terma 'akan datang'
ialah hadapan - pasaran hadapan.
Ini yang Nabi kata "jual hutang dengan hutang" dan jangan jual sesuatu barang yang
belum anda miliki. Ini 'confirm' haram, ijmak ulama.
Bukankah lebih baik menceburi pelaburan yang telah menjamin keuntungan, jadi orang
ramai tidak risau malah yakin sudah 'confirm' ada jaminan untung berbanding ada risiko
rugi disamping itu ada pula berpendapat sistem jenis ini perlu diberi penafsiran
semula, sebab instrumen jenis ini tiada pada zaman Nabi?
Memang benar tiada pada zaman Nabi, tetapi Nabi telah meletakkan asas utama untuk
dijadikan panduan untuk diikuti oleh umat Islam pada dahulu dan akan datang. Jangan
kata pula Islam tu tak lengkap ye. Allah dah sebut Islam lengkap dan semua jenis
instrument kewangan dan pelaburan ini dah ada garis panduannya.
Kita perlu faham, bahawa Islam menjaga kedua-dua belah pihak, pelabur dan pengusaha.
Bayangkan jika tiada pelabur mahu letak kecuali jika pengusaha menjamin untung tertentu.
Ini menyusahkan dan menzalimi pengusaha dalam melakukan perniagaan. Kerana terpaksa
berisiko amat tinggi, jika ia rugi pun, masih nak kena bayar untung yang dijanjikan,
inilah RIBA.
Pelabur seronok, pengusaha mungkin susah hati ataupun seronok juga sebab dapat duit
banyak. Memang benar mereka boleh jamin untung tertentu bila bisnes mereka hebat
dan bagus, tetapi apa yang akan berlaku jika musibah akan datang, bencana alam seperti
taufan yang berlaku sehingga mengakibatkan syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan.
Bagaimana jaminan untung itu?
Bukankah sudah menzalimi satu pihak dan terpaksalah pengusaha berusaha mencapai jaminan
itu atau melarikan diri, atau tutup perniagaannya.
Yang dibenarkan dalam Islam ialah syarikat menunjukkan prestasi keuntungan syarikat
sepanjang tahun atau lima tahun, untung sentiasa dan berbeza-beza jumlahnya, itu
tidak mengapa. Begitu jugalah yang ditunjukkan oleh bursa saham. Ada laporan kewangan.
Ini untuk menarik minat pelabur. Ini boleh, sebab syarikat tersebut tidak menyatakan
jaminan keuntungan pada tempoh tertentu dengan jumlah yang tertentu.
Kalau ada, 20 peratus untuk pelabur dan 80 peratus pengusaha ambil tetapi kalau rugi
anda rugi sepenuhnya.Itulah risiko yang harus dihadapi dan ini risiko yang dibenarkan
dalam Islam bukan risiko ditipu atau hilang wang dan sebagainya.
Pendapat yang menyatakan bahawa inilah masanya dan melaui MLM dan Skim inilah untuk
menjana ekonomi umat Islam?
Menjana ekonomi umat Islam...sebagai orang yang memperjuangkan Islam, semua mesti
faham bahawa kejayaan sesuatu umat itu bukanlah terletak kepada material atau harta.
Firaun telah menunjukkan kekayaannya dan mampu membina piramid yang hebat dan juga
mepunyai harta yang melimpah, tetapi Allah suruh utusannya berjumpa dengannya sebab
apa? Sebab dia menderhaka, memang ramai yang menderhaka kerana duit. Mulut melaungkan
kalimah Islam tapi terlibat dengan riba.
Kesilapan yang dilakukan oleh umat islam meletakkan material sebagai segala-gala
kepada jawapan masalah.
Dua unsur untuk berjaya ialah material dan spiritual, mesti ada unsur berkat. Apabila
material atau wang terlibat dengan riba maka keberkatan itu tidak ada. 'Allah menghancurkan
keberkatan yang terlibat dengan riba' sila rujuk surah Al-Baqarah - ayat 278.
Kalau begitu, membina ekonomi umat islam tetapi buat perkara bathil seperti rasuah,
merompak, mencuri dan terlibat riba maka adakah gunanya di sisi agama? Langsung tidak
berguna.
Duit riba sebenarnya tidak dimiliki oleh orang memiliknya, tidak sah dan tidak membawa
sebarang berkat serta membawa kepada sifat tamak, pergaduhan, maksiat dan jauh dari
Allah SWT.
Pendapat menyatakan urusan pembelian rumah dan kereta juga terlibat dengan unsur
riba, maka apalah kurangnya dengan MLM atau skim ini?
Siapa kata semua pembelian rumah dan kereta sekarang semua terlibat unsur riba sedangkan
masyarakat telah menggunakan pelbagai dana dan kaedah perbankan Islam yang tidak
melibatkan sebarang riba untuk membeli rumah dan kereta.Ada konsep murabahah untuk
beli rumah dan ada konsep ijarah untuk beli kereta,
Akadlah dan penjagaan syarat-syaratnya itu akan menjadikan sesuatu perkara itu halal
atau haram. Sebenarnya akad tersebut menandakan keimanan kita kepada Allah SWT.
Akad begitu penting. Menggunakan hujah bahawa semua bank dan urus niaga di negara
ini terlibat riba sebenarnya mereka ini tidak faham dan tidak benar sama sekali.
Ini panjang utntuk saya ulas, rujuklah di web saya.
Bagaimana caranya dan nasihat bagi yang sudah terlibat dengan MLM dan skim jenis
yang haram ini?
Caranya ini, mengikut pandangan peribadi saya dan pelajaran yang saya ambil daripada
para ulama, ia terdapat khilaf, kesimpulannya segala modal yang telah diletak layak
untuk kita ambil semula kerana itu hak kita, ada sesetengah syarikat tidak mengizinkan.
Tak mengapa, duduk dulu dalam sistem itu sehingga tempoh matang.
Sudah sampai masanya keluarkan balik modal itu kemudian untung yang diperolehi kena
serah kepada fakir miskin atau badan kebajikan anak yatim atau kebajikan awam untuk
bina bangunan dan sebagainya.Ini keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan juga Majlis
Fatwa Eropah yang diketuai oleh Al-Qaradawi.
Tidak boleh guna wang keuntungan itu untuk tujuan dan kepentingan peribadi seperti
bayar kereta, rumah ataupun cukai pendapatan apatah lagi guna untuk membayar zakat.Ada
yang kata boleh guna untuk bayar zakat untuk membersihkan keuntungan, tidak boleh
sama sekali.
Zakat hanya untuk barang halal yang kita miliki, kita keluar.Zakat guna duit curi,
tak boleh. Zakat mesti milik penuh kita sepenuhnya yang halal seperti gaji kita.
Bagaimana menangkis hujah dan saranan ustaz kepada individu yang 'naif' dari sudut
hukum agama yang meletakkan sesetengah para ustaz,lebai atau orang yang arif dibidang
agama sebagai 'benchmark' mahupun kayu ukur untuk memasuki dan menyertai MLM atau
Skim ini?
Nasihat saya kepada pemimpin sesebuah organisasi, persatuan, pertubuhan, atau masyarakat
ialah Nabi sebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Allah tidak melantik seseorang
menjadi pemimpin melainkan untuk memberi nasihat kepada ahli ataupun rakyat tentang
urusan agama termasuklah kewangan. Jika tidak, Allah haramkan syurga ke atas mereka."
Jadi janganlah main-main dengan urusan seperti ini, cari jalan bagaimana nak 'educate'
mereka dan memberi penerangan apa itu halal dan haram mengenai kewangan Islam.
Kepada para ustaz termasuk diri saya sendiri, saya nasihatkan cermin diri dan 'check'.
Bidang mana yang anda ahli, pakar tentangnya malah bagi lepasan ijazah, 'check' diri
sendiri, anda 'graduate' bidang apa.
Jika bidang Syariah, anda faham tak instrumen pelaburan semasa yang dicipta kebanyakan
oleh puak Barat ni? Sebelum beri hukum kena faham dulu untuk aplikasikan ilmu dari
kitab-kitab tu.
Jadi buat sembarangan dalam hal kewangan ini, bila diri sudah ustaz, tidak bermakna
kita boleh mengajak orang lain untuk menyertai kita. Bukan semua ustaz mahir semua
bidang.
Ada yang jadi ustaz kerana mengajar bahasa Arab atau mengajar mengaji muqaddam. Ustaz
yang pakar bahasa Arab tetapi dia tidak mahir tentang fiqh muamalat.
Saya sendiri walaupun orang gelar 'ustaz', saya tidak pakar dalam urusan faraid dan
menguruskan pusaka wasiat kematian. Ada yang tanya saya, saya minta mereka rujuk
dan semak dengan ustaz-ustaz di Amanah Raya Berhad kerana mereka pakar tentang perkara
itu.
Jadi jangan bagi fatwa atau pandangan yang menyeleweng, kerana ia sesat lagi menyesatkan.
Kena tahu kemampuan diri masing-masing khususnya jika pakar tentang Fiqh muamalat
barulah layak untuk memberi telahan, hujah, pandangan dan fatwa tentang kewangan
Islam.
Akhir sekali kepada orang awam atau oarang ramai ialah 'Kalau anda sakit jantung,
jumpa pakar jantung jangan jumpa pakar tulang', walaupun namanya juga doktor, pakai
stetoskop dan uniform pakaiannya putih nanti, di kemudian hari penyakit anda akan
menjadi lebih parah.
Wallahualam. - lanh
Posted by HAMBA ALLAH at 7:12 PM 0 comments