CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 5, 2008

JANGAN MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH


Saban hari semakin ramai mereka yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan MLM.Tidakkah kita tahu bahawa telah banyak ulamak yang memfatwawkan perniagaan jenis ini mengandungi unsur shubhat yang banyak.Tidak kurang juga banyak yang jelas pengharamannya disisi Islam.Sebagaimana firman Allah didalam Surah Al-Baqarah:

Maksudnya:"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan
petunjuk,maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka
beroleh petunjuk hidayah."
( Al-Baqarah ayat 16)

Perniagaan MLM ini melibatkan pelaburan yang besar dan melibatkan ramai orang.Sudah tentu apabila disebutkan tentang keburukan sesuatu perniagaan MLM,ramai yang akan melenting.Sebagai seorang muslim, mencari rezki dari sumber yang halal adalah wajib dan pendapatan dari sumber yang haram adalah ditegah oleh Allah.Perkara yang mengandungi unsur shubhat juga amat ditegah oleh Islam.Kita seharusnya menghindari perkara yang shubhat ini.Janganlah menegakkan benang yang basah.

0 comments: